h1

Profile Saya

Nama saya Sharizan Dan isteri saya ati. Kami anak jati negeri Hang Tuah,

Saya menceburi bidang ini bersama isteri saya yang juga seorang jurugambar.Saya saling bertukar idea dengan ati.Nama IZATIE juga adalah gabungan nama kami.Kebiasaannya saya akan handle satu rumah dan ati handle satu lagi.Dalam seminggu kami akan handle empat rumah sahaja.

Falsafah Stail Gambar
Saya sudah berkecimpung di dalam bidang foto ini lebih dari 10 tahun.Saya mahir menggunakan photoshop, untuk edit nama pengantin,menukar badground,membuang tanda di muka agar lebih baik dari yang asal dll.Walaubagaimana pun saya lebih puas pada gambar yg semulajadi (original).Jika permintaan untuk costum book sahaja akan ditouch-up sepenuhnya.

Permulaan
Saya mula berjinak dengan fotografi pada bulan Disember 1996 dengan pembelian kamera SLR pertama Nikon Fm2 pada masa itu saya belajar di kelab kejuma(kelab jurufoto melaka) kawan2 sepejuangan dengan saya banyak menolong saya pada masa itu.Sekarang zaman berubah saya bertukar pada Digital Camera DSLR. Selepas itu saya belajar dan menimba ilmu mengikuti seminar Improve skills,technigues and business acumen in Portraiture Photography di Kuala Lumpur Pada 8 hb Jan 2005.Dari situ juga sedikit demi sedikit saya kumpulkan ilmu tentang Digital Camera.Tidak cukup dengan itu,saya banyak membuat perbandingan dengan gambar-gambar yang telah saya ambil.Pendek kata saya lebih banyak belajar sendiri.Rasanya belajar sendiri,ikut cara sendiri lebih mudah untuk saya fahami.Belajar punya belajar dah 13 tahun saya dalam bidang ini.Rasanya macam baru lagi.

Perbezaan gambar

Skill gambar saya lebih pada stillfoto,sesekali saya candid dan yang penting pose pengantin couple saya akan ambil lebih.Selalunya bakal pengantin akan masuk boking 7 atau 8 bulan sebelum majlis.Jadi kami dapat mengenali antara satu sama lain dan lebih mesra sebelum majlis perkahwinan berlangsung.Memang pengantin sekarang lebih beruntung berbanding kami sebelum ini.Bukan sahaja pakaian,pelamin,foto atau makeup yang cantik belaka malah dapat membuat perbandingan pilihan sendiri hanya dari LCD.

Gambar unik

Setiap jurugambar mendapat kepuasan bila shoot yang diambil menjadi.Pemikiran yang tajam memainkan peranan yang penting dalam masa yang pantas untuk menghasilkan gambar-gambar unik.Saya juga akan memastikan suasana keadaan persekitaran,faktor cuaca dan keselamatan semua yang berada di lokasi outdoor yang telah dipilih diutamakan.Reaksi pengantin serta espresi dari wajah pengantin juga memainkan peranan.Boleh dikatakan jurugambar dan pengantin mempunyai peranan masing-masing bagi mendapatkan gambar unik.

Personaliti saya

Saya seorang yang memang simple.saya cepat mesra dengan sesiapa saja.Saya mengganggap pasangan pengantin seperti rakan baik saya,agar lebih mesra.jujur saya katakan kebanyakan costomer saya ni akhirnya menjadi kawan saya.Memang dimasa sekarang sudah ramai jurugambar baru.Dengan menggunakan camera digital sahaja dengan mudah untuk dipelajari.Syabas juga buat rakan baru.Displin dalam etika kerja amat penting bagi saya.Mungkin sekarang anda sudah mengenali serba sedikit tentang diri saya.

Sila klik ke link di menu atas untuk mengetahui harga pakej saya.

3 comments

  1. Good work..got passion on ur career. Keep it up guys..


  2. Great story….


  3. aha,ini bro mmg best,naik letih aku duk posing depan kamera, service mmg puas ati, apa yg bro tulis kat atas tu mmg bertepatan dgn servis yg bro bagi, sume org tgk gambar kawen saya cukup puas ati ah, yang penting hidup HAM,ekekeke

    lawa callsign



Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.